Perkhidmatan

 

Kata malam, “Aku terlalu cemburu pada siang”.
Kata siang, “Aku terlalu cemburu pada malam”.
Tetapi marilah sama-sama kita khabarkan pada siang dan malam,
bahawa mereka saling memerlukan untuk melengkapkan pusingan hari.
Tidak ada malam tak bernama hari.
Tidak ada siang juga tak bernama hari.

Assalamualaikum dan salam penghormatan.

Terima kasih kerana sudi melayari laman web saya.
Selamat datang saya ucapkan.

Mohd. Syahidzuan Samsudin (1762240-D) Juruacara | Suara Latar | Penyampai adalah sebuah perniagaan tunggal yang berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Melalui perniagaan ini, saya menawarkan tiga produk utama dimana saya bersedia menjadi juruacara, suara latar dan penyampai untuk pelbagai bentuk acara rasmi mahupun tidak rasmi dengan kos yang cukup minima.

Saya telah mengendalikan banyak acara rasmi yang lazimnya dihadiri oleh nama-nama besar negara di pelbagai lokasi sebagai seorang juruacara atau penyampai mahupun menyumbang suara latar.

Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini, saya amat yakin untuk memastikan sesebuah acara itu dapat berjalan dengan sungguh ‘matang’ terutamanya acara yang berbentuk formal.

Dikesempatan ini saya ingin mengalu-alukan anda semua untuk merasai kematangan ketara yang semestinya dapat saya janjikan sekaligus menjimatkan perbelanjaan anda. Pelbagai maklumat boleh diperoleh di laman web saya ini atau anda juga boleh terus menghubungi saya untuk maklumat yang jauh lebih lanjut.

Dengan ini saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang bakal anda berikan kepada saya.

Assalamualaikum dan salam muhibah.

 

Yang tulus,

Mohd. Syahidzuan Samsudin (1762240-D)--------------- Juruacara | Suara Latar | Penyampai

 

Info Terkini

1

Promosi dan pakej terbaru

+Pakej dengan tawaran harga yang berpatutan
+Sedia berkhidmat untuk pelbagai jenis majlis & Acara
Juruacara | Suara Latar | Penyampai
Hakmilik Mohd Syahidzuan Samsudin (1762240-D). Hakcipta ©2008 Bigzone Solution (001739500M).